Friday 27 November 2015

JOURNAL MENUJU HAJJAH : WAJIB!! DEPOSIT RM1 300 UNTUK PENDAFTARAN HAJI


Adik pun nak daftar haji jugak.
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera kepada semua pembaca dan pengunjung blog sakinahms.blogspot.com.

SMS doakan semoga anda semua sentiasa sihat dan ceria-ceria selalu. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

Journal Hajjah kali ini, adalah berkaitan dengan pendaftaran Haji/Hajjah saya tanpa wang tunai tapi wajib deposit RM1 300.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya dipermudahkan untuk mendaftar.

Saya dah lama nak daftar haji/hajjah, tapi belum berkemampuan.

Kawan-kawan selalu share di Facebook akan ketidakpuasan hati dengan angka giliran haji/hajjah mereka. Ini turut mencuit hati kecil ini untuk rasa tidak selesa.

Padahal, beberapa tahun kebelakangan ini tak de lah serius mana untuk kerjakan haji. Rasa cam belum masanya memikirkan itu semua.

Masih terlalu banyak perkara yang wajib diselesaikan untuk membukak tabungan haji/hajjah.

Sehingga satu masa, saya diuji dan terus diuji olehNya. Saya mula bermuhasabah, bermunajat memohon petunjuk akan setiap apa yang sedang berlaku.

Cinta saya untuk menjadi tetamu Allah semakin mendalam bila baca perkongsian Tn. Hj Firdaus Mat Saad di blog beliau (Baca Bermulanya Di Sini).

Sejujurnya, putik-putik cinta itu dan lama bertunas, sejak tahun 2013 lagi.

Alhamdulillah.

WAJIB!! DEPOSIT RM1 300 UNTUK PENDAFTARAN HAJI

Baaaaanyakkkkk tue, bagi kita kan?

RM1 300, dah boleh beli macam-macam. Settle installment myvi dua bulan tue. Hahaha..

Inilah masalah anak-anak muda hari ini, kenkangan wang ringgit.

But! No worries.

Sekarang, mudah je nak daftar haji dengan syarat kita pernah bukak akaun KWSP dan bekerja serta jumlah akaun melebihi dari RM1 300.

Inilah method yang saya gunakan.

Sebelum daftar kena ke kaunter atau kiosk KWSP untuk print out penyata tahunan terkini bagi tujuan pendaftaran nanti.

Print-out dari sini. Mudah je, nanti ada mesin akan gitaw step demi step.
Tak perlu risau jika first time guna. Apa yang penting baca dan ikut arahan.
So, saya pun pergilah ke Pejabat KWSP, Indera Mahkota (IM) berdekatan dengan UIAM, Pejabat Pendaftaran dan Tasik Syahbandar.

Selain itu, kita boleh jugak terus ke mana-mana bank yang ada kiosk KWSP. Rasanya, RHB bank pun ada. Confius kat Malay Town, bandar Kuantan tue Bank Rakyat ke RHB.Hehehe.. Banyak sangat makan semut, nie. Tapi, confirm memang ada kiosk kat situ.

Nak mudah, kat UTC pun boleh. Boleh ke kaunter Tabung Haji terus nanti.

Saya ke IM, sebab bawak adik-adik ke Taman. So, tak perlu masuk bandar yang menyesakkan tue. Hehehe.

Ok.

Kat bawah nie, saya kongsikan sedikit gambar yang sempat diambil pada hari kejadian. Chewah, cam report berita pulak :-)


Singnage KWSP.
Selfie jap :-)
Parking lot yang sangat luas.
Nanti, penyata anda akan keluar dari sini.
Ada ruang kerta keluar dan jugak tempat scan ibu jari.

Kiosk di Pejabat KWSP, IM.
Ta daa...

5 minit je, urusan nie. Sekejap je.. 

Selamat mencuba ye.

Kepada sesiapa yang ada akauan KWSP dan belum daftar haji/hajjah.. silalah gunakan peluang yang ada ini untuk mendaftarkan diri. Tunaikan ibadat rukun Islam yang kelima.

Ok.

SMS doakan doakan semoga kita semua dipermudahkan segala urusan dan ibadat kepadaNya. InsyaAllah..

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment