Friday 8 April 2016

CARA MUDAH MASAK SAMBAL HITAM BELIMBING BUJANG

Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga sahabat pembaca dan pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtera dan berbahagia selalu di samping keluarga tersayang.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah..

Dua hari lepas, taukey ayam ada bagi seplastik belimbing buluh kat emak. Anggaran dalam 2kg cam tu lah.

Alhamdulillah, murah rezeki dorang.

Emak selalu beli ayam kat situ. Segar dan halal sebab dorang sembelih dan proses sendiri.

CARA MUDAH MASAK SAMBAL HITAM BELIMBING BUJANG

So, nak dijadikan cerita.. saya dah lama teringin nak cuba masak Sambal Hitam Belimbing. Tapi, asyik pending je. 

Maka, petang semalam saya google lah sekejap mencari resepi mudah nak buat Sambal Hitam.

Hasilnya, semua macam sama je cara masak. Tak de lah susah mana. Senang je nak buat. Cuma ambil masa nak masak belimbing tue.

Selepas asar saya masuk dapur sediakan bahan-bahan. Belimbing buluh, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, kicap lemak manis dan cili kampung.

Bersihkan belimbing, masukkan dalam periuk untuk dimasak sehingga mengeluarkan air rebusan dan kering layu.

Dalam resepi yang saya google, dorang cadangkan guna periuk lama atau tin susu kosong. Sebab nanti, akan meninggalkan kesan hitam.

Kat rumah memang ada tin-tin biskut. tapi, cam leceh je. Saya ni, nak mudah. Lain lah kalau guna dapur kayu kan. Mana-mana ada pro & cons.

Tak yah risau, saya masak guna periuk lama. Ok, je. 

Cuma kena selalu kacau (10-15 minit sekali kacau).

Jangan dibiarkan lama dalam periuk. Nanti, hangit kehitam-hitaman (Kalau letak tanpa kacau, memang akan hangit di bawah).

Resepi asal.. belimbing ni, ambil masa 3 jam untuk masak sepenuhnya. Tapi.. saya berjaya masak dalam 2 jam je. 

Haa.. mesti ramai nak tahu, cam mana saya boleh jimat 1 jam. Hehehe..

Saya cedok air rebusannya buat juice dalam masakan (airnya sangat-sangat masam). So, cepatlah belimbing tue akan mengering.

"Don't Judge Book By It Cover"
Walau belimbing hijau, tapi ekstrak juicenya sangat cantik warnanya.
Oh, ye.. masa masak belimbing ni, tak payah letak air taw.

Air belimbing sendiri akan mendidih, membuak-buak nanti. Dan garam pun tak yah. Kandungan mineral dalam belimbing dah tinggi.

Nanti akan guna ikan bilis lagi. Penyumbang garam jugak tue.

Ok, Sementara nak tunggu belimbing masak saya sediakan ikan bilis, cili kampung, bawang putih dan merah tumbuk (saya blend guna pngisar kering. Jimat masa lagi).

Bila belimbing dah layu kering, saya mula tumiskan bahan blend tadi satu persatu ke dalam kuali yang dah dipanaskan sedikit minyak.

Fungsi minyak untuk bagi sambal tahan lebih lama dan tidak melekat sewaktu menyambal.

Jadi saya letak sekadar memenuhi syarat.

Refer resepi di google kena guna secawan minyak untuk semangkuk sambal. Kalau cam saya 2kg ni, mesti ikut sukatan kena guna banyak kan. (Ada setengah resepi, siap kena tapis sambal tue. Huhuhu).

Bila semua dah agak masak sebati, saya masukkan kicap lemak manis ikut rasa dan keperluan.

Gula dan garam?

Saya tak guna untuk sambal sebab dalam kicap, belimbing, ikan bilis, bawang dah ada perasa semulajadi.

Ok. So, for me. Rasa dah perfect.

FYI, saya sendiri tak pernah rasa cam mana Sambal hitam. Hahaha.. itulah sambal pertama yang saya makan.

Ok, lah. For first trying. Siap tapau bagi taukey ayam dan kawan-kawan lagi.

Emak pun cakap dah ok.

Untuk 2kg++ belimbing, saya dapat separuh kuali sambal.

Haa.. kalau sape suka pedas, boleh letak cili ikut suka rasa.

Sambal saya tak de lah menyengat sangat. Cili tak pedas. Padahal dah berbiji saya blend. Ku sangkakan pedas. Rupanya, kena extra cili lagi.

Ta daa..!! kat bawah ni hasilnya membanting lemak di dapur. Sambil-sambil masak tu, dicadangkan boleh lah bersquat ye.

First Trying my Sambal Hitam Belimbing Bujang.
Dah siap masak, ready to eat lah kan. Before eat, don't forget your Phytocol-ST untuk block kolestrol dalam darah. (1-2 biji setengah sebelum makan).

WhatsApp : 0199164276 untuk tempahan Phytocol-St
beserta dengan khidmat nasihat percuma.
Sambal ni, agak tinggi jugak kandungan kolestrol dan lemaknya.

Bagi yang dalam proses penurunan berat badan dan eat clean. Boleh abaikan sambal hitam dalam hidangan harian anda.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

Hubungi Sakinah (019-916 4276) untuk Program Kurus Coaching Online No. 1 di Malaysia.

Now Everyone Can Kurus (NECK)
Kurus Hanya Dari Rumah.

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan resepi ini dapat membantu mereka di luar sana. InsyaAllah.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Hasanah Mat Said

No comments:

Post a Comment