Friday 10 June 2016

DEMI MELIHAT ABAH BERHENTI MEROKOK, MISAI KUCING JADI MANGSA


Assalamualaikum dan Salam Ramadhan Kareem buat semua.

Hari ni, hari jumaat pertama bulan Ramadhan pada tahun ini.

Saya doakan semoga anda sihat-sihat sahaja di samping keluarga tercinta. Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab. InsyaAllah.

NADIA NAJIB : DEMI ROKOK ABAH, MISAI KUCING JADI MANGSA

"Abah saya berhenti merokok sebab sakit. Dulu Dia heavy smoker. Alhamdulillah, tak menurun kat anak cucu menantu habit merokok.

Dulu Kami anak-anak macam-macam try nak suruh abah berhenti merokok. Apa je petua kami dapat kami try.

Masa tu budak-budak lagi. Ada orang bagi tips misai kucing boleh buat dia tak suka merokok.

Pastu kami pi potong misai kucing yang betul-betul rare. Masukkan dalam rokok. Tapi bila besar ni baru tau rupanya bukan misai kucing, tapi teh misai kucing.

Kecian kucing tu. Dia jadi hilang arah. Sebab misai tu penunjuk arah dia.

Sejak abah sakit, doktor kata kena berhenti on the spot. Dengan semangat yang kental Alhamdulillah abah berhenti.

Sejak tengok abah macam tu saya berdoa semoga bakal suami saya tidak merokok.

Alhamdulillah, doa termakbul. Terima Kasih, Ya Allah.

Lepas berhenti merokok badan abah makin naik sebab selera makan bertambah.

Lepas tu, Alhamdulillah kesihatan semakin baik. Doktor cakap paru-paru nak bersih makan masa dalam 15 tahun dari tarikh mereka mula berhenti.

Abah berhenti masa umur 50++ camtu.

Tapi walaupun dah berhenti, abah still kena buat ballon ketika umur 60++ tahun.

Jadi kesimpulannya memang kena berhenti rokok ketika usia muda.

Saya selalu jugak tegur kawan-kawan yang suka merokok ni, mereka tak layan. Diorang ada cakap atuk dia hisap rokok sihat je...Huhu.

Perokok tegar sungguh. Siap Ada yang supply rokok kat kawan-kawan depan meja saya lagi.

Saya cakap kat dia saya jual makanan sihat, dia jual benda tak sihat kat orang. Tak rasa bersalah ke contribute bagi orang benda tak sihat. Namun, tetap tak layan. Dia jawab dia bagi orang hilangkan stress.

Speechless...


Saya dari dulu sampai sekarang bau rokok je rasa nk muntah.. Kalau pergi makan kat kedai, tengah makan, tiba-tiba orang sebelah datang dan hisap rokok. Saya sanggup angkat makanan dan pindah ke meja yang lebih jauh dan aman.

Syukur lah Suami dan adik-beradiknya dan adik beradik saya tak merokok. Kalau  tak, jenuh nak lari. Hehehe.."

Ini lah sharing oleh Nadia Najib.. Kerana ROKOK, Misai Kucing Jadi Mangsa. 

Dan pesanan saya kepada anda di luar sana,

Bukan itu caranya untuk atasi tekanan hidup.

Salah satu perkara yang perlu anda tahu, MEROKOK adalah perbuatan yang sia-sia. Ia kerja giller.

"Korang beli rokok guna duit.. kemudian, korang bakar rokok tue. Apa yang korang dapat? Happy korang bakar semula duit yang dilaburkan beberapa minit tadi? Korang kan, dah cukup kaya. Duit habis, sakit dapat.. seronok hanya sementara."



Dalam Islam Allah SWT tak mengajar hambaNya membazir. Baik lah simpan duit beli rokok tue untuk pergi umrah atau beli makanan sihat, melancong ke..

Lebih bahagia. Enjoy.

Cuba lah kira dah berapa RM duit anda melebur kerana ROKOK.

Sekian, wassalam.
Salam 5 Ramadhan, 1437H.
Salam Jumaat.

Ingin berhenti merokok? Anda nekad untuk berhenti? Hubungi saya , Sakinah : 019-916 4276 untuk bantuan khidmat nasihat dengan segera sebelum terlambat.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Cinta Hati SMS
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment