Social Icons

Friday, 3 February 2017

PENGALAMAN PERTAMA GUNA URINE PREGNANCY TEST (UPT)-PART 1

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca blog ini.

Saya mendoakan semoga anda semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan berbahagia di samping keluarga tercinta.

Hari ni, saya nak berkongsi satu cerita yang rasa macam dah basi. Hehehe..

Tapi, tak pe. At least boleh jadi rujukan buat masa depan. 

Ini kisah 2 bulan yang lalu, lebih kurang hujung pertengahan bulan Disember 2016.

Saya ada mengadu dengan en. suami yang period kali ni dah lewat. Mayb, ada isi kot. Sebab selera makan menjadi-jadi sejak seminggu dua kebelakangan ni. Dalam masa yang sama sedapkan hati, maybe perubahan hormon selepas kahwin.

Hurmmm..

Dia cakap tak pe. Kita tengok dulu cam mana. Sabar sikit, lagi. Sebab, baru 3 hari lewat. Hahaha..

Actually, i'm so excited nak tahu dan kitorang memang inginkan cahaya mata. Walau masih baru kahwin, tak sampai sebulan. Mana tahu Allah nak bagi rezeki awal. Syukur Alhamdulillah.

Pada hujung minggu tu, kami ada satu perjumpaan dengan usahawan-usahawan di sekitar kuantan kat bandar.

Dipendekkan kisah, semasa minum pagi ada seorang kakak tegur saya. "Tengah pregnant ke?"

Saya terkejut!

"Apa nampak buncit ke aku, dalam hati?" Tengok perut.. xde lak, buncit macam orang preggy. Huhuhu...

Kalau sebelum kahwin, ada yang tegur cam ni memang sentap. Memandangkan sekarang dah bersuami. Tak de lah sentap mana. Cuma terkejut je. 

Pastu saya cakap, "tak de lah kak. Baru je kahwin."

Then, akak tu sambung lagi. Sambil tersenyum manis.

"InsyaAllah ada lah tu, tak lama lagi. Tak caya, tunggu je lah tengok.. mesti ada berita baik nanti. "

Saya pandang suami dengan pelbagai tafsiran kat kepala yang tak mampu terluah saat tue. 

Pelik! dan duk berfikir.. "betul ke aku mengandung?"

Sampai lah dalam kereta sebelum balik. Suami memujuk. "Sabar ye, kita tunggu lagi seminggu. InsyaAllah, mana tahu masin mulut akak tadi."

Keesokkannya, kami ada SeminarRM10 pulak di kampus OUM, Kuantan.

Sebelum gerak keluar saya sempat bertegur sapa dengan Kak Long (kakak ipar yang baru balik bercuti). Dia ada bisik kat saya, katanya "Kak Long nampak confirm Sakinah mengandung."

Aii...

Apa riaksi saya?

Terkejut lah lagi. (Semalam dah kena tegur orang luar). Sebab ribut tak de, angin tak de. Hanya suami saya je yang tahu saya belum datang period.

Dari mana Kak Long tahu? Sembang , berkongsi apa pun tak de.

Disebabkan kitorang kejar masa. So, saya tak komen pape. Cuma dalam kepala dah merangka. Siaplah en.suami dalam kereta nanti. Mesti dia yang cerita kat Kak Long (Itu yang saya fikir).

Hakikat sebenar di dalam kereta...

Suami pun bertanya perkara yang sama. Rupanya, Kak Long dah sampaikan firasat dia kat suami pagi tu perkara yang sama.

En. suami ingat saya yang bercerita.

Hahahha...

Gelak besar lah kitorang.

Pepandai je Kak Long nie. Cam mana dia scan entah.

Kitorang decide akan beli Urine Pregnancy Test(UPT) kat farmasi petang nanti untuk simpanan. Selepas seminggu baru guna. Masing-masing risau result negative dan kecewa.

Dalam masa yang sama teruja nak tahu.

Ok.

Seusai seminar hari tu, kitorang ke surau untuk solat dan cari makan sebab perut masing-masing dah berkeroncong. Tapi, saya rasa tiada selera. Mayb, perut dah masuk angin agaknya. Macam gastrik.

Tak ingat tengah hari tu, sempat jamah apa. Sebab terkejar-kejar masa.

Si suami pesan roti canai. Saya ikutkan je. Memang dah tak de mood nak makan.

Selepas makan, masuk kereta. Suami serahkan sesuatu.

Tahu apa?

Nampak sangat suami pun tak sabar nak tahu. Dalam diam dia pergi beli Urine Pregnancy Test(UPT) tu sendiri, masa saya kat surau tadi. Sanggup dia berjalan jauh ke farmasi dari surau. Nampak sangat saya bersiap lama. Hahahaha..

Papepun, alat uji air kencing (UPT) dah dibeli. Nak tak nak, simpan je lah sebagaimana dijanjikan.

Rasa-rasa apa jadi pada Urine Pregnancy Test (UPT) tue bila berada kat tangan saya?

Kalau nak tahu, tunggu entry seterusnya.

Rasa macam panjang sangat saya berceloteh dari tadi. Nanti, ada yang bosan. Ok.

Sehingga berjumpa lagi.

Salam Sayang, Salam Bahagia.
Salam Jumaat.

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies