Social Icons

Wednesday, 12 April 2017

KOPI SPECIAL AIR TANGAN EN. SUAMI BUAT TETAMU PAGI

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.

Semoga kita sentiasa berada dibawah payung rahmat dan keberkatanNya.

Kita semua dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

InsyaAllah.

KOPI SPECIAL AIR TANGAN EN. SUAMI BUAT TETAMU PAGI

Lewat malam tadi, abang ipar saya dari KL balik rumah bersama kawan sekerjanya. Katanya, dorang ada side visit berdekatan area sini. So, singgah lah bermalam.


Maka pagi ni, macam biasa saya bangkit dari tidur.. seusai solat, ke dapur. Masakkan sarapan untuk En. suami, anak buah dan tetamu.

Masak gaya dapur sakinah. Campak-campak, rasa.. angkat hidang. Boleh lah makan. Belum sehebat masterchef lagi. Hehehe..

Menu pagi ni, mee sup campak, sandwic sardin, kopi 'o' dan teh 'o' panas.

Air saya serahkan pada En. suami yang bancuhnya.

Dia sempat buat kopi 'o' je. Sebab dah lewat. Nak pi hantar anak sedara ke sekolah.

Saya pun sambung bancuh teh 'o' dan hidang pada tetamu tanpa merasa air kopi buatan suami.

Then, jemput tetamu breakfast sebelum dorang keluar ke side visit.

Saya tinggalkan dorang berdua menjamu selera untuk ke dapur kemas apa yang patut, sementara tunggu En. suami balik dari sekolah.

Beberapa minit kemudian,

Jeng je jeng...

Apa jadi?

My abang ipar cakap sedap kopi 'o' tadi. Agak-agaklah nak 'kenakan' dia pun.

Saya blurr.. kenapa?

Saya ingatkan dia bergurau. Sebab dia memang suka bergurau. Saya just ignore... tak fikir pape.

Sehinggalah saya dan En. suami bersarapan. Baru saya faham kata-kata my abang ipar.

"Perrghh!! pahit kopi je yang rasa. Abang tak cakap pun belum letak gula.... "

"Sayang tak rasa, kenapa?"

"Manalah taw.. nampak sedap je. Sayang kan tak suka rasa air manis."

Kecian dorang.

En. suami pulak, tak cakap pun dia tak letak gula lagi. Huhuhu..

Ingatkan dah sempurna rasa. Gelak sakan lah kitorang.

Nasib baik kawan dia minum teh 'o'.

Sorry ye, abang iparku. Kami tak de niat nak kenakan sesape pagi ni.

Papepun, habis jugak kopi 'o' tu walau no sugar. hehehe..

Sekali-sekala pahit tawar, bagus untuk kesihatan. Kalau hari-hari pun tak pe.

Itulah rencah hidupku yang penuh dengan warna-warni.

Alhamdulillah, syukur atas rahmatNya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

Apa Komen Anda

Google+ Followers

 

Copyright

Penulisan di blog ini adalah pendapat peribadi penulis. Dilarang menyalin tanpa kebenaran penulis melainkan untuk penyebaran ilmu yang bermanfaat.

Disclaimer

Segala testimoni /penulisan tentang produk yg dikongsi dilaman ini bukan bertujuan utk merawat, mencegah, mendiagnose apa jua penyakit. Pembaca digalakkan mendapat nasihat dari pakar kesihatan

Kepakaran Saya:

Memberi khidmat kesihatan menyeluruh berasaskan amalan produk semulajadi, selamat & halal dengan keizinan Allah SWT. Setiap langganan vitamin dari kami, anda layak mendapat :-
- Jadual Makan Vitamin
- Konsultansi Percuma berterusan
- Jemputan ke group facebook exclusive
- Peluang menjana income dengan Shaklee
Whatsapp/ Telegram :- 019-916 4276
Emel : sakinahmatsaid@gmail.com

Rakan Blog

Disediakan oleh Zulfa Technologies. Dapatkan blog dan FB page anda pada harga yang sukar dipercayai di zulfa.com.my atau di FB Page kami: fb.com/zulfa.com.my
 
Prepared by Zulfa Technologies