Friday 24 November 2017

DIARI AZZAHRA : FIRST TIME BERKHITAN ANAK PEREMPUAN

Ready untuk ke Klinik
(Silap faham. Rupanya, Klinik Sulaiman, bukan Fauziah)
nak bersunat.
Assalamualaikum dan salam jumaat. Penghulu segala hari.

Sempena jumaat yang barakhah, saya dan suami decide nak berkhitan baby Azzahra hari nie.

Azzahra pun dah mula lasak, risau bila dia dah besar nanti.. lagi mencabar.

So, genap hari ni 81 hari anak ibu ayah selamat dikhitankan.

Tapi, sebelum tue saya nak share sikit survey dari segi harga dan juga syarat nak berkhitan bagi baby gegirl.

Kalau boboy tiada masalah sebab biasa kita dengar, kan..

Actually, ni pengalaman pertama saya dan en. suami khitan atau sunatkan bayi perempuan.

Mula-mula risau jugak. Sakit ke.. Aduhh!! tak dapat bayangkan cam mana sakitnya. Huhuhu.

Risau sebab baby Azzahra kecik lagi. Tak sanggup nak tengok dan dengar dia menangis lagi.

Cukup lah pengalaman dia kena cucuk hari-hari masa awal kelahiran. Tak sanggup, dah.

Hati ibu ni rapuh sangat. Padahal Azzahra kuat je. Hehehe..

Oppss!! melalut entah ke mana lak.

Cut story.

Ok, dipendekkan cerita dari perkongsian ibu-ibu bloggers.. kita dinasihatkan buat survey klinik dulu. Bukan semua klinik sama prosedur nya.

Ada yang hanya terima bayi usia 3 bulan ke bawah sahaja. Ada pulak, 6 bulan ke bawah. Dan ada yang tak kisah usia berapa pun.

Dari segi harga ada yang RM70, RM80.

Fuh!! mahal jugak walaupun nak berkhitan tak sampai 5 minit.

Setelah buat survey.. kami decide walk in ke klinik Sulaiman di Bukit Setongkol.

En. suami dah check kat Dr. Fauziah (wife Dr. Sulaiman) paling murah. Iaitu RM20 sahaja.

Sangat berbeza kan.

Alhamdulillah rezeki kami.

Masa kami sampai ke klinik tak de patient. So, cepatlah urusan kami petang tadi.

Tunggu nama dipanggil.
(Klinik Sulaiman, bukan Fauziah).

Daftar Azzahra.

Tunggu nama dipanggil.

Kami masuk ke dalam. Duk beramah mesra (sambil siapkan Azzahra).

Rancak pulak, en.suami bersembang dengan Dr. Fauziah. Keluarga En.suami selalu guna treatment kat sini.

Not wonder macam saudara sembangnya. Kihkihkih (tapi harga berkhitan memang normal walau bukan saudara).

Tak sampai 5 minit pun, selesai bersunatnya.

Zahra dikhitankan oleh Dr. Fauziah. Wife Dr. Sulaiman.
Tak sampai 5 minit, selamat semuanya.
Azzahra pun menangis sekejap je. Mula-mula risau jugak kalau sakit meraung. Huhuhu..
Saya je yang cuak lebih. Hahaha..

Sempat Dr. Fauziah puji kebambaman si Azzahra yang berketul-ketul.

Si Azzahra pulak asyik tersenyum dan ajak menyembang je dalam bahasa baby nya.

Dr. Fauziah cakap bagus nya anak ibu. Suka menyembang. Baru 2 bulan lebih. Bijak budak nie. Baik je.

Kembang setaman hati ibu. Hahaha..

Alhamdulillah.. papepun rezeki Allah.

Cukup lah dulu sampai sini. Sehingga bersua kembali di entry seterusnya.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.
Diari Azzahra.


"Think Positive & Keep Smiling, I'M Happy Working-At-Home-Mom."
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah? 
Hubungi Miss Sakinah
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment