Sunday 26 October 2014

BERPAGI-PAGI DI PASAR TANI YANG BEST!!

Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat semua berada di bawah lindungan dan rahmatNya. Sentiasa hidup sihat, ceria dan bahagia di samping insan-insan tersayang.

Alhamdulillah..SMS rasa bersyukur sangat.. happy, sangat-sangat..

Kenapa,pulak?

Ye lah, kalau sahabat semua perasan.. Blog SMS dah berubah wajah.. ini adalah bonus untuk SMS dan juga sahabat semua yang setia dengan Cinta Hati SMS.

SMS still lagi berusaha untuk menambahbaik blog ini.. so, mohon maaf sekiranya terdapat sedikit kecelaruan mahupun kekeliruan yang dilalui. Walau apa pun, Cinta Hati SMS takkan biarkan ianya mempengaruhi kisah dan perkongsian kita semua taw.

Cam pelik, pulak bahasakan SMS.. Tapi, itu lah.. nama yang diberi, SakinahMatSaid (SMS) :-)

Pagi ni, SMS nak berkongsi sedikit pengalaman dan perjalanan beberapa minggu yang dah berlalu. Diam SMS bukan diam melupakan.. tapi, diam untuk mengungkap bicara dan ilmu serta pengalaman SMS sendiri.

BANGUN PAGI.. PI PASAR.. CAM MAK MAK, LAK.. HEHEHE..

MAK MAK.. pun, MAK MAK lah kan.. yang penting SMS happy. Actually, ni first time SMS betul-betul pi Pasar Tani  bandar Kuantan yang besar tue..

Sebelum ni, pernah pergi.. tapi, tunggu dalam kereta je lah. Sebab yang perginya mak tak pun adik-adik. Dorang nak pi cari Jamu.. Terkejut SMS, adik lelaki nak pi cari Jamu.. buang terbiat ke? hahaha..

Budak-budak sekarang.. bukan boleh dibuat main-main.. apa dia cakap, semua betul. Memang betul.. dia pi, cari jamu. SMS risau sebenarnya.. ye la, tersalah ambil Jamu.. nanti, merana badan. Tapi, Cinta Hati SMS mesti lah double check kan.. tak kan sewenang-wenangnya, dibiarkan dia makan. Ohh!! Bukan untuk makan rupanya..

OK, itu kisah adik.. yang SMS nak story kat sini pasal apa yang ada kat Pasar Tani Bandar Kuantan tue?

Memandangkan, SMS tak berjogging di pantai sebagaimana biasa. SMS nak ajak sahabat merasa pengalaman pi berjalan-jalan membakar lemak kat sini.

Perghh..!! Patut lah, selalu ramai pengunjung.. Memang, BEST!! Semua ada.. yang BEST !! lagi.. apa yang tak ada kat pasaraya.. Semua ada kat sini. Dah nama pasaraya kan.. pasar moden.. so, barang-barang pun moden la kan..

SMS akan kongsikan gambar-gambar yang berjaya SMS ambil sepanjang berada di pasar tani atau pasar pagi nie. Mungkin, ramai antara kita tak pernah pergi atau pun tak pernah sampai pun lagi di sini.

Haa..kalau siapa-siapa yang mari bercuti di Pantai Teluk Cempedak, Pantai Taman Gelora, tak pun Tanjung Api ke.. Tanjung Lumpur ke.. Bolehlah, mai singgah cuci mata kat sini ya. dekat je. Ambil masa dalam 10 minit sahaja, bagi yang berdekatan dengan tempat disebut sebentar tadi.

Pasar Tani ini, bertempat di hadapan UTC Kuantan, bersebelah dengan Pasaraya The Store dan juga Mydin, East Coast Mall (ECM), Kamdar, Stadium Negeri.. senang, tak nak jumpa? Senang, je.. di tengah-tengah pusat bandar sahaja. so, memang jamp la.. Crowded dengan kereta dan lautan manusia berpusu-pusu ke pasar nie. Apa yang dicari? SMS sendiri, tak tahu lah.. Bila pi, baru faham. hehehe..

Pasar ni, di buka pada setiap hari ahad sehingga waktu Zohor.. Normally, pukul 12.00 tengah hari ada yang dah start kemas barang.. Yelah, hasil jualan dah abis.. Bagus tak Bagus, berniaga..?? Dorang berpuas hati, barang-barang habis dijual. Alhamdulillah..

JOM..!! KITA LAYAN GAMBAR DI BAWAH:

First, mesti lah SMS nak kena cari parking dulu lah kan.. susah nk dapt parking kat sini. So, siapa-siapa yang rasa tak sanggup.. dan tak suka untuk part nie. SMS sarankan baik, tak payah la pergi. Nanti, tak pasal-pasal lak sumpah seranah yang keluar. SMS tahu.. sahabat semua bukan cam tue..

Jauh betul SMS cari parking.. selepas berpusing-pusing banyak kali. Akhirnya, dapat jugak parking yang berdekatan dengan bahagian pakaian. hehehe..

SMS lama dah tak beli baju. since badan dah bertambah saiz nie. Tapi, sekarang Alhamdulillah.. dah turun 4kg.. Seronok.. Seronok sangat sangat.. Sebab tue, excited nak pi pasar nie..  Bukan nak beli baju pun.. Nak mencari ilham sambil bawak adik-adik pi jalan. 


Ni, bahagian baju, T-shirt, bundle, kain, tudung.. macam-macam ada. Murah-murah je.. Yang penting, boleh tawar menawar ya, sahabat..

Kalau nak nego.. kena lah pandai. Nak tahu? Rahsianya, senang je..  Cam mana nak murah rezeki..? Tanya lah SMS. Hehehe.. 



Yang ni, lak barang-barang kemas.. SMS not sure, la pulak tulen atau sebaliknya. Anda semua pasti tahu kan.. SMS tak payah cakap.. Yang penting, akak nie berniaga dengan cara yang betul dan halal.

Siapa-siapa yang datang bercuti.. lupa nak bawak selipar, kopiah dan telekung solat pun ada. Senang, tak? Senang je..



Bahagian makanan basah cam ayam, siput sedut, sotong, ikan, daging dan sebagainya pun ada. 


Sayur-sayuran dan buah-buahan pun tidak ketinggalan. Yang penting.. ada ulam-ulaman yang mungkin sahabat tak pernah jumpa dan juga tak pernah makan agaknya, ya?

Tiba-tiba ada gambar bunga orkid duk menyelit satu.. Actually, banyak lagi gambar orkid.



Bukan itu, sahaja.. siapa-siapa yang mengidam nak makan lemang. Nak buat sendiri.. tak reti.. nak masak lagi la.. cam tak perlu kot untuk makan 2, 3 orang je pun. Kat sini, ada jual lemang dan juga keropok terengganu ya, sahabat.


Ada Kuih- muih, nasik, cendol.. buah-buahan, air dan banyak lah..Rempah- ratus, akar kayu, jamu pun senang nak dapat kat sini. kalau nak tahu.. kena pi tengok sendiri. BEST ke BEST..!!??


So, cam mana sahabat semua? dapat feel tak.. apa yang SMS lalui.. SMS tak perasan, hampir dua jam berada kat pasar tue sahaja. Bertenaga betul.. since minum ESP nie.. Sambil borak-borak, tengok-tengok, selak-selak kan.. not wonder la, sampai dua jam.. Berpeluh taw.. hehehe..

Kalau ada yang rasa sakit dan lenguh-lenguh kaki tue.. boleh try, AJHT nie ya.. InsyaAllah, berkesan.

Sehingga bertemu lagi kita, di episod seterusnya. Sekiranya, ianya memberi manfaat kepada rakan-rakan mahupun saudara mara, silalah tekan like di bawah dan share kepada mereka.  

SMS, mendoakan sahabat yang disayangi dan dikasihi bahagia, berjaya dunia dan akhirat walau dimana jua berada.

Sekian, wassalam. 
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."

Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan insan-insan tersayang?
Ingin menjana pendapatan 3, 4, 5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?


Hubungi Cinta Hati SMS untuk:-

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE and
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!
 
Shaklee ID : 1168494
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

2 comments:

Unknown said...

Wah..bestnye..mcm-mcm ade kn.kt kelntn pun ade,nme pasar siti khdijh..hihihi

sakinah (SMS) said...

Assalamualaikum, selamat malam sahabat Cinta Hati SMS.. Thanks, ye syu iz kerana singgah di jendela ini. Memang BEST!! Actually, kat mana2 pun ada. Tapi, kadang ramai yang tak tahu.. that why SMS sharing kt sini. Semoga ia memberi manfaat kepada syu iz sekeluarga dan rakan-rakan yang lain dunia dan akhirat.

Sekian, salam sayang. Salam Bahagia.

Post a Comment