Tuesday 17 February 2015

ROKOK TETAP DIHATI WALAUPUN KAKI BAKAL DIPOTONG : PART 1

Assalamualaikum wbt.

SMS harapkan semoga anda semua sentiasa sihat dan berbahagia disamping keluarga tersayang.

Ramai orang hari nie, tak bahagia kerana berjauhan dari family.

Terutamanya, pasangan suami isteri muda.. Mereka terpaksa terima hakikat menjalani Perkahwinan Jarak Jauh (PJJ).. kerana tuntutan kerja demi mencari rezeki untuk keluarga.

Sebab, SMS dah melihat sendiri perasaan keadaan isteri yang PJJ dengan suami.

Kecian, semua benda terpaksa uruskan seorang diri.

Tambahan kalau, pregnant.. lagi lah kecian.

Macam-macam dugaan orang pregnant nie. Huhuhu.

Syukur Alhamdulillah, je yang tak meragam atau tak de alahan.

Haa.. Tapi, SMS bukan nak story pasal perkahwinan ataupun pregnant.

SMS nak sambung story kisah arwah ayah dengan rokok.. rentetan dari kisah yang sebelum ini (Boleh baca DI SINI).

Wajib, baca taw.. kalau belum baca. Nanti, tak tahu punca kisah. Hehehe.

ANAK DARA BERGADUH DENGAN AYAHNYA KERANA ROKOK

Malam tue.. Saya sampai rumah dah lewat sangat. Seharian drive.. memang amat mencabar diri dan mental.

Mengenangkan keadaan ayah yang semakin teruk.. saya gagahkan diri jugak.

Saya kuatkan diri.

Walaupun, sepanjang perjalanan pulang siang tadi.. ayah asyik ingatkan je pasal 'sahabat baiknya'.

Saya buat endah tak endah, je.

Masih meneruskan pemanduan.

Hakikatnya, di kepala penuh dengan strategi... merangka dan merancang ayat power sebaik-baiknya.

Supaya hati tuanya, tidak terguris.

Saya dah tak sanggup untuk biarkan sahabat kesayangannya makan diri. Makan kawan.

Serius! sangat-sangat tak sanggup.

So, malam tue bila sampai rumah.. Kami keluarkan ayah dari kereta.

Bagi dia rest.. Sebab, dia penat.

Sekarang, biar adik-adik yang uruskan ayah. Saya nak bersihkan apa yang patut. Sebab, satu kereta berbau luka kaki ayah yang dah teruk.

Sebenarnya, saya nak mengelak dari ditanya pasal 'sahabat baik' dia tue.

Hope, dah settle kemas semua... ayah dah tidur.

Rupanya, saya silap.

Ayah masih menanti anak dara dia nie.

Menanti saya bagi 'sahabat baik', dia.

Ayah terlalu ketagih.

Ayah cakap cam nie : "Kak Sa, mana ubat ayah? Seharian ayah belum hisap. Bagi lah ayah, rasa cikit je. Ayah tak tahan, nie.. "

Saya berkeras, kali nie.. Apa nak jadi. jadilah.

Mula-mula saya, cakap leklok.

Ayah merayu-rayu.. mintak.

Saya dah tak sanggup.. gunung berapi yang duk pendam setelah bertahun-tahun. Akhirnya, muntahkan lavanya.

Menjerit.. saya tinggikan, suara. (Rasa cam anak derhaka, pun ada. Biarlah.. Aku tak sanggup dah).

"Sa, cakap.. sudah! sudah! lah. Tolong jangan hisap lagi. Rokok dah makan diri, ayah tue. Tolonglah.. Sa, rayu sangat-sangat. Kalau nak jugak.. baik! tak yah buat apa-apa dah. Biar je, ayah sakit. Adik-adik, tak yah buat apa-apa........... "

Semua adik-beradik terkejut.. Tak pernah-pernah saya, mengamuk seteruk nie.

Dah lah marah-marah.. pastu, saya menangis.

Abang saya yang baru masuk.. terpinga-pinga.

Uhh!! Rasanya lega sangat.

Lepas pada tue.. ayah dah tak cakap apa-apa. Ayah diam, je. Ayah dah tak mintak.

Saya pulak yang serba salah.. sebab, dah tinggikan nada suara.

Saya lega..

RAWAT KAKI AYAH

Keesokkannya, saya keluar untuk mencari barang-barang keperluan ayah. Memandang keadaan ayah yang sukar nak bergerak dan berjalan.. Tapi, kerap kencing.

Saya pun carilah, pampers, ubat-ubatan dan makanan untuk orang sakit kencing manis seperti beras perang, gula perang dan lauk yang sesuai serta buah epal sebagai pengganti rokok.

Saya pun buntu sebenarnya.

Tak tahu, nak bagi makan apa.

Saya ada google.. ada yang cakap, tak boleh ambil makanan yang tinggi glukosa. Nanti, badan tak dapat nak proses gula dalam darah sebab kekurangan insulin.

Tapi, jangan tak bagi dorang tak makan langsung. Dorang pun, perlukan makanan untuk ditukarkan kepada tenaga.

Kalau tak de tenaga.. cam mana, nak hidup kan.

Nasik perlu makan jugak.. cuma dalam kuantiti yang sedikit.

Kami adik-beradik, cuba yang terbaik untuk ayah.

Saya dah pesan kat adik-adik sebelum keluar.. Jangan sesekali bagi rokok kat ayah. Kalau ayah bagi duit untuk pi beli. Jangan ambil..

Kami order macam-macam jenis ubat untuk rawat kaki ayah.

Tapi, hasilnya makin teruk.

MASA MAKIN SUNTUK !!

Bacaan gula ayah makin tinggi.

Saya stress..

Saya tak tahu dah nak buat cam mana.

Sebab, cuti saya pun dah nak habis.

Saya perlu masuk kerja. Walaupun, memang dan confirm kena buang kerja kan. Tapi, kerana memikirkan gaji akhir yang akan digunakan untuk rawat kaki ayah.

Saya sabarkan je..

Sebab, ketua saya ni tak leh dijangka..

Kurang jaga kebajikan pekerja. Suka gertak staff (Boleh baca DI SINI)

Senang citer.. no, kompromi. No Excuse.

No more reasons.

Macam-macam, lah...

Asalkan dia bahagia.. Dia rasa dia bagus. Dia pun, makan gaji jugak hingga pencen.

Huhuhu..

Kalau siapa yang jadi bos.. jangan jadi cam dia.

Alamak! melencong citer pasal bos pulak..

Hurmm.. Sambung kisah ayah.

Kami, cuba rawatan tradisional dan cara islam (Guna ayat Al-Quran).

Namun.. keadaan ayah makin merosot.

Ayah tak mahu makan..

Bila ditanya sakit ke tak..

Katanya, tak sakit..

Normal lah.. tak rasa sakit. Sebab, sel-sel saraf ayah dah mati. Tak de, rasa. Sebab tue, tak sakit.. tapi, luka tak sembuh-sembuh jugak.

Cuma keadaan ayah makin lemah.

Hari-hari saya ambil darah.. untuk check bacaan gula ayah.

Since bergaduh pasal rokok tue.. ayah dah tak mintak dah. Cuma ayah nak saya yang ambil darah dia.

Mungkin, ayah dah sedar kot. Dan percayakan anak dara dia nie (itu yang saya fikir. Sebab bila saya mintak adik lelaki yang ambil darah. Dia tak mahu. Macam tak caya kat adik-adik)

Apa-apa hal.. memang dia akan panggil saya.

Hati saya bertambah sedih dan pilu.

Dalam suaranya yang tak de tenaga. Digagahkan jugak memanggil. Kalau, saya terlelap. Rasa serba salah sangat.

Rasa nak nangis.

Sebab suara tuanya, dah tak kuat.

Tambahan saya dengar pernafasan ayah lain macam je..

Hati kecil tetap memujuk untuk tidak fikir bukan-bukan.

Esok saya nak balik ofis.

Menghabiskan sisa-sisa akhir sebagai pekerja untuk 6 hari lagi.

HARI INI TINGGALLAH AYAH TANPA PERHATIAN ANAK DARANYA

Saya bertolak dari rumah jam 5.30 pagi, ahad. Perjalanan, ambil masa 2 jam untuk ke tempat kerja kalau tiada kenderaan berat.

Sebelum gerak.. saya salam dengan ayah terlebih dahulu.

Aduii.. !!

Ingatkan ayah dah lupa kan rokok..

Dia mintak lagi.. ayah mintak rokok.

Agak mencabar jugak lah. Cuma kali ini, saya tak endahkan. Saya buat tak dengar. kejam tak.. Huhuhu.

Kecian, ayah. Tapi, lagi kecian kalau saya bagi ayah merokok..

Hujan pun turut sama menyanyi dengan hati saya yang lara.

Demi ayah.. saya gagahkan diri. Kuatkan semangat untuk redah hujan. Sambil duk pujuk hati, bermonolog sendiri.

Ayah tunggu Kak Sa, balik taw. Nanti, dapat gaji.. Kak Sa, rawat ayah. Belikan ubat untuk ayah. Sekarang, tak dapat gaji lagi.

Saya agak terlewat sampai hari ini.. Pagi-pagi lagi, terpaksa mengadap ketua.

Huhuhu..

K, lah sahabat.. sehingga bertemu kembali dalam PART 2 nanti.

InsyAllah.

Sila SHARE entry ini, jika anda rasa ianya bermanfaat.

Saya doakan anda kaya dan berjaya dunia dan akhirat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.


"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment