Friday 21 August 2015

CABARAN DAKI BUKIT PELINDUNG SEBELUM NECK

Bukit Pelindung, kuantan.
Assalamualaikum wbt..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog SMS sentiasa dalam keadaan sihat dan sejahtera di samping keluarga tercinta.

Selamat beristirehat kepada yang sedang bercuti. Dan selamat bekerja kepada yang masih di tempat kerja ketika ini.

Rasa cam dah lama tak bersua dengan anda semua.

Ok, malam nie SMS nak story sikit pasal Hutan Lipur Bukit Pelindung, Kuantan.

Apa yang best ye, pasal tempat nie?

Actually, saya pun belum pernah naik dan sampai ke puncak atasnya.

Tapi..

Saya ada satu kisah lucu nak story cikit pasal tempat nie.

CABARAN DAKI BUKIT PELINDUNG DENGAN NECK

Ok, saya memang dah lama berangan nak naik bukit tue. Tapi, tak de geng.

Minggu lepas ada member NECK ajak naik.. sambil gathering lah katakan (Hehehe).

Saya ok, je kalau ramai-ramai kan.

Yelah, kita nie pompuan. Kenalah jaga-jaga. Kalau boleh, biarlah ada orang lelaki dalam kumpulan.

Risau jugak, first time naik.

Hopefully, angan-angan dan impian nak daki Bukit Pelindung nie tercapai lah pada hari esok.

Tiba-tiba, last minute petang tadi.. member tak dapat join. Husband tak bagi pergi. Tak dapat cuti. Kecian..

Dorang memang nak pergi sangat.

Yang tinggal.. saya, Kak Yah (NECK Batch 5) dengan anaknya dan adik lelaki saya.

Cam mana tue?

Duk berfikir-fikir, nak naik ke or ubah plan ke tempat lain. (First time, jadi cam cuak je).

Hurmmm..

Tak pe, kita mohon petunjuk dari Illahi dulu. Mana-mana yang terbaik,kan.

InsyaAllah.

PERNAH DAKI TAHUN 2014 TAPI DENGAN MYVI KUNING

Ok, saya nak story sikit kisah lucu yang saya cakap tadi.

Al-kisahnya cam nie.

Bukit Pelindung nie, terletak di laluan Jalan Beserah nak ke Pantai Teluk Cempedak.

So, ia dah jadi medan ulang-alik saya untuk ke bandar. Saya lebih suka lalu jalan nie, berbanding jalan bandar yang banyak traffic light.

Mula-mula dulu, saya memang tak tahu pun kewujudan Bukit Pelindung. Cuma selalu nampak orang ramai berkumpul setiap pagi kat bawah bukit. 

(Kadang saya akan ke jeti teman emak pi borong ikan segar, memang lalu kat jalan nie).

Bila dah selalu lalu, mata memang akan meliar je. Tambahan kat situ, boleh dikatakan kawasan perumahan golongan elite. Banglo tersergam indah. Apa lagi, saya sangat-sangat suka cuci mata.

Mencari ilham untuk my future home.

Haa..

Asyik berangan je lah SMS nie, kan. Hehehe.

Tak pe, berangan dan bermimpi tue percuma. Tak perlu bayar pun.

NAIK BUKIT PELINDUNG SEBELUM NECK

Nak dipendekkan story, kisah saya nie berlaku sebelum join NECK.

Saya dah nekad, nak tahu jugak apa yang ada kat atas sana. (Tak terfikir nak google pun).

Ramai betul, orang. Penuh kereta kat kawasan parking. Kat tepi-tepi bukit, kiri-kanan. Tak de, ruang langsung nak mencelah.

So, ada satu hari ni tak ingat date. Yang pasti weekend.

Saya dengan adik-adik pi lah naik ke atas sana dengan kereta Myvi.

Lepas ke?

Hurmm..

Memang tak lepas lah. Suku jalan je, si  Myvi tue naik. Tak berani nak naik lebih-lebih. Sebab, bukitnya curam sangat.

Bila dah naik, saya jadi panik. Ini padah, redah tanpa ilmu.(Cakap kat orang sebelah, padan muka).

Dengan keadaan jalan sempit. Bukit bercuram.. belah kiri jalan ni lak, ada gaung..

Ni, bahagian bawah. Pinjam gambar dari jusenkuantan.blogspot.com
Perghhh!! Cuak wei. Silap tekan minyak, boleh tersasar jatuh ke bawah.

Dah lah, baru lepas green light lesen P.

Sejujurnya, saya belum expert bab reverse di atas bukit. Ini semua, memang buat saya panik. Rasa cam nak keluar kete.. Then, mintak tolong abang sado kat luar sana. Hahaha..

Nasib baik, abang sado tough!

So, bajet cool. Perlahan-lahan kayuh. Sambil abang sado bagi isyarat, ok. (ala-ala polis traffic bagi isyarat).

Dalam hati, hanya Allah SWT je yang taw.

Lama jugak lah saya nak berpatah balik. Dengan kereta di lereng bukit kiri kanan, lagi lah menyukarkan saya yang terlebih bijak nie.

Bila dah sampai bawah semula. Lega rasa..

Tarik nafas dulu.

Fuh!! Lemah semangat bila tengok gaung. Huhuhu..

Cam tue, lah kisah yang boleh saya katakan lucu dan jugak mengerikan.

Taubat, serik dah nak naik guna kete.

Hahaha..

Kalau time tue, saya dah join NECK. Mahu kena banned dengan coach.

Dalam NECK, nak sihat kena lah kita sendiri yang usaha kan. Tak de jalan singkat untuk berjaya melainkan dengan tunjuk ajar mentor (coach NECK).

Kalau naik 4X4, Rangers, kete lasak tak pe lah.

Nie ada hati, nak naik dengan si kuning yang comey tue.. Wat gelak dek orang je. Hahaha..

Ok, lah sampai di sini dulu kisah saya dengan Bukit Pelindung nie.

Doakan semoga Impian saya nak naik ke atas sana pagi esok tercapai.

InsyaAllah.

Terima kasih kerana masih setia habiskan bacaan kisah SMS nie.

Sehingga kita bersua kembali di lain entry.

Adakah berjaya SMS capai Impian nak Daki Bukit Pelindung?

Just wait & see, update terkini dari SMS. K.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment