Wednesday 10 February 2016

TESTIMONI NECK : PENIAGA KUIH DI AMPANG, BERJAYA SARUNG CINCIN KESAYANGAN SEMULA

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..

SMS mendoakan semoga sahabat pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa berada dalam keadaan sihat dan berbahagia selalu di samping keluarga tercinta.

Kita dimasukkan ke dalam syurga tanpa dihisab.

TESTIMONI PESERTA NECK : CINCIN KESAYANGAN BERJAYA DISARUNG KEMBALI

Hari ini, saya nak share sedikit kegembiraan seorang peniaga kuih dari Ampang yang sangat happy dengan perubahan hidupnya selepas hampir 6 bulan bersama kami di Now Everyone Can Kurus (NECK).

Jom ikuti luahan hati wanita ini, yang lebih mesra di panggil Kak Lily (jika di kalangan jemaah NECK, Lilyko -Trademark Batch 8).

"Sebelum ini, berat badan akak pernah mencecah kepada 78kg.

Alhamdulillah, akak dianugerahkan sorang suami yang sangat supportive. Dia tahu badan isterinya semakin membesar selepas melahirkan anak. So, dibelikannya sebuah alat senaman untuk kayuh di rumah.

Syukur kepadaNya, atas usaha dan comitment akak berjaya turunkan berat kepada 58kg masa tue.

Namun, malang tak berbau.. alat senaman akak rosak dan terbiar begitu sahaja.

Episod ngeri dalam hidup akak, kembali semula.

Berat badan mula naik sehingga 73kg dengan bahagianya. Mungkin, jugak akak rasa selesa dan tak perlu berbuat apa-apa.

Akak cuba diet macam-macam. Tapi, tetap sama. Tak de apa-apa perubahan.

Sehinggalah akak ditemukan dengan agen NECK, Sakinah melalui sharingnya di blog dan FB.

Pada mulanya, akak kurang yakin. Betul, ke boleh kurus nie?

Tapi, dengan penerangan dan bantuan dari Sakinah. Akak nekad. Suami akak pun sokong dan memberi akak peluang untuk berusaha.

Bulan pertama bersama NECK,

Kita semua tahu yang program NECK ni kan, 100hari (Sekarang, NECK dah menjadi 60hari sahaja).

Time tu, akak rasa macam lamanya. Panjangnya lah.. bila nak habis nie. Macam-macamlah perasaan bermain di fikiran.

Yang bagusnya NECK ni, sebab berjemaah.

So, kawan-kawan sentiasa membakar antara satu sama lain, update workout dan memberi kata-kata semangat di kala kami rasa down. Sejujurnya, kita akan ada masa cam penat, letih dan down sangat-sangat. Rasa cam nak berhenti dengan kata-kata negative orang sekeliling.

"Tak yah, lah kurus.. cantik dah macam nie. Buat apa kurus. Buruk nampak rupa. Cam orang tak sihat."

Selalunya, akan ada sharing dari mereka yang telah berjaya turunkan berat badan.

Di sini lah, semangat kami sebagai peserta sentiasa berada di level yang tinggi. Kami sedar, yang usaha kami kali ini, bukan seorang diri. Tapi, ramai yang sedang berusaha membantu dan ingin lihat kami kembali sihat.

Hari ini, akak rasa amat sedih.. akak akan merindui kenangan ini semua.

Setinggi-tinggi kesyukuran diucapkan kepada Yang Maha Esa. NECK banyak menginsafkan akak. Sebab, ramai rakan jemaah kami yang diuji dengan masalah kesihatan tubuh badan.

Ada yang slip disc, darah tinggi, sakit lutut dan macam-macam.

Apa yang akak suka adalah semangat juang mereka. Walaupun pergerakkan mereka terbatas tapi mereka mampu buktikan mereka boleh berubah. Bahkan semangat mereka lebih kuat dari akak sendiri yang cuma mempunyai masalah lebihan berat badan.

Perubahan selepas bersama NECK,

Terima Kasih kepada NECK sebab kenalkan dan ajari akak cara turunkan berat badan yang mudah bersama keluarga besar NECK yang sangat awesome.

Sejak bersama NECK, kehidupan akak mula berubah 180 darjah dari normal

Kalau dulu makan dan minum, main redah je. Mulut asyik nak menguyah benda-benda mengarut tak kira waktu.

Selepas solat zohor, mulalah cari bantal. Mulut baru je di isi, mata pun mulalah layu, kuyu mengantuk.

Masalahnya, bila siang dan banyak tidur.. sebelah malam akak terpaksa berjaga sebab mata tak dapat nak lelap. Kadang, pukul 2,3 pagi mata masih lagi segar.

Disiplin makan tak pernah wujud, makan tak ikut waktu.. selagi mata tak tutup, selagi itulah mulut akan menguyah.

Tapi, sekarang.. semuanya dah berubah. Akak dah biasa makan ikut 5 waktu yang disarankan oleh NECK.

Tiada lagi istilah tidur di siang hari. Jam 10, dah masuk tidur. Bila tidur awal.. akak pun berjaya bangun seawal pagi.

Hasilnya, dalam masa sebulan.. berat badan akak berjaya turun 5kg. Sesuatu yang mana dulu, fikir tak logik. Kini, akak berjaya buktikan 13kg berat lemak dah dibuang tanpa operation sedut lemak atau jalan pintas lain yang berbahaya.




Semuanya, dengan makan 5kali sehari, zat nutrisi yang cukup dan senaman di rumah. Cuma kadang akak ke tasik untuk jogging dengan anak-anak dan suami.


Bersenam di tepi tasik dengan anak-anak dan suami.
Banyak sangat miracle yang akak sendiri tak sedar ia berlaku.

Antaranya kisah mengenai lift rosak..

Ada satu hari tue, lift kat apartment akak rosak. Mak, ai.. rumah akak tingkat 12. Bayangkan, betapa azabnya naik tangga. Adoooiii... Tuhan je yang tau. Rasa gelap, tak nampak apa-apa. Macam nak pitam, berpeluh-peluh.

En. suami akak tue duk gelakkan je. Sakitnya, hati. Dia ok, lah. Tentera, kan. Kita ni, makan tidur je kerjaan. Sekali lift rosak.. menangis lah, seret kaki tak cukup nafas tercungap-cungap.

Kini, akak dah tak kisah lift rosak. Akak boleh tersenyum bahagia kat En.Suami. Dia pun happy tengok perubahan akak.

Ada lagi satu perkara, yang buatkan akak mengalir air mata. Cincin kesayangan akak yang suami belikan masa berat 60KG dah boleh disarung.


Akhirnya, dapat pakai semula cincin pemberian suami akak.
Akak ingatkan cincin tu dah tak boleh dipakai buat selama-lamanya.Sebak rasanya. Serba salah sangat dengan suami.

Sekali lagi, saya ucapkan terima kasih kepada NECK.

Terima kasih, Ya Allah.

Terima kasih, Sakinah yang datang menghulur tangan menarik akak ke tepian.. tanpa kinah akak rasa akak masih di tengah laut Cina Selatan...sayang kinah ketat-ketat :-)

Tidak dilupakan buat suami dan anak-anak tersayang."

Percutian bersama suami dan anak-anak, Tahun Baru Cina.
Sujud syukur diri ini kepadaMu, Ya Allah. Sebab berikan peluang untuk bantu kak Lily. Sesungguhnya, ia hadiah yang tidak terhingga kepada diri ini.

Saya tak pernah kenal beliau. Mula mengenalinya, sejak beliau bersama NECK. Dan sekarang, kami seperti satu keluarga.

Moga ukhuwah ini terus terjalin hingga ke syurga. Dan berikan kesempatan dan ruang untuk saya terus membantu kak Lily dan mereka di luar sana.

Ada yang ingin menjadi seperti Kak Lilyko? Boleh hubungi saya, Sakinah : 019-916 4276 untuk dibantu. InsyaAllah..

PELUANG BUAT DUIT HARI-HARI DENGAN MOBILE SPA TERENDAH DAN TERHEBAT DI PASARAN MALAYSIA. HANYA SERENDAH RM1999 SAHAJA UNTUK 5 COURSE 3 JAM TRAINING POWER.
WASAP : 019-9164276
 UNTUK PENEMPATAN TRAINING ANDA !!

Sekian, wassalam.
Salam Kurus, Salam Sihat.
Happy First Anniversary, NECK.

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com
FB : Sakinah Mat Said

No comments:

Post a Comment