Sunday 28 February 2016

TESTIMONI NECK RIZAL : TERTIDUR SEMASA DRIVING HINGGA PATAH TULANG BAHU

En. Rizal semasa di NECK.
Assalamualaikum wbt..

Saya mendoakan semoga semua pembaca dan pengunjung blog sakinahms.blogspot.my sentiasa dipermudahkan segala urusan dan sihat sejahtera berbahagia di samping keluarga tercinta.


Bulan ni, bulan ulangtahun pertama program Now Everyone Can Kurus.

Saya nak share satu kisah yang membuatkan saya terinsaf sendiri.

PATAH BAHU DISEBABKAN TERTIDUR KETIKA MEMANDU DI JALAN RAYA

Sebelum ni, Malaysia pernah dikejutkan dengan satu kemalangan jiwa oleh seorang pensyarah UiTM dua tahun lalu akibat masalah kesihatan.

Kemalangan yang telah meragut nyawa seorang pelajar jurusan diploma itu memberi iktibar kepada kita semua.

Hari ni, saya nak kongsikan pula kisah En. Rizal yang hampir maut tetapi usianya masih dipanjangkan Allah.

Alhamdulillah.

En. Ahmad Rizal Ibrahim merupakan bekas peserta NECK batch 7 dengan berat permulaannya adalah 113kg.

Kisah En. Rizal sebelum NECK

Kisahnya bermula begini.. Tahun lepas(2015), genap umur saya 40 tahun.

Saya mendapat 3 message :

Message 1 : 'Life began at 40', daripada pemerhatian saya, jika saya tidak buat apa dari sekarang, 'my life will end before turn 41'.

Message 2 : 'You're 20 years old with 20 years experience' . Saya terfikir, boleh ker saya merasai seperti 20 tahun semula?

Message 3 : 'Jagalah Solat dan kesihatan anda'. Yang ni datang dari ayah saya dan buat saya terfikir sejenak, teruk sangat ker keadaan saya sekarang?

Kemalangan jalan raya

Pada tahun 2003 iaitu pada hari lahir saya yang ke-28, dalam perjalanan pulang.. ditakdirkan Allah saya tertidur dan 'kemalangan'.

Dan kesannya, tulang bahu saya patah. Tapi syukur saya masih hidup, walaupun hati saya sedih sebab terpaksa sambut 'birthday' di hospital.

Jelas dari peristiwa itu dah 2 tahun berlalu, tetapi saya masih tidak berubah. Masih saya yang dulu, Obesiti.

Saya berjumpa doktor untuk dapat kepastian tahap kesihatan sendiri.

Daripada pemeriksaan tersebut, saya mempunyai tekanan darah yang sangat tinggi. Mesin analisis pun tak mampu nak bagi bacaan yang tepat sebab kolestrol yang tidak terkawal.

Tapi, apa yang memeranjatkan lagi.. doktor memberitahu yang saya ada 'masalah tidur' (sleep apnea dan narkolepsi). Keadaan dimana, saya boleh tertidur pada bila-bila masa dan tidak kira apa jua keadaan.

Bila saya tidur malam, bekalan oksigen tidak mencukupi ke otak disebabkan aliran darah yang terganggu (lemak banyak), jadi otak akan  bagi signal, supaya pump lebih darah lagi ke otak.

Dan ini berlaku setiap 15 saat, sepanjang malam sampai saya terbangun. Jadi sebenarnyer, saya tidak tidur lena sepanjang malam dan membuat saya sentiasa mengantuk.

Bila tidur.. saya berdengkur. 

Saya pernah diet sebelum nie, 6 bulan sebelum saya kahwin.

Saya ambik keputusan untuk kuruskan badan sebelum hari perkahwinan saya. Saya ambil ubat. Ubat nie buat saya hilang selera makan, heart rate jadi laju.

Hasilnyer pada hari perkahwinan, saya dapat turun berat badan sehingga ke 80kg.

Malangnyer, selepas 2 minggu saya dapat balik berat badan lama dan menjadi gemuk semula.

Ini 13 tahun dulu sehinggalah saya mendapat whatsApp dari seorang ejen NECK, Hafizah pada hari raya tahun lepas.

Hafizah share satu ebook dengan saya. Selepas membacanya, saya terus berminat nak cuba sebab semua nya secara online.

Dan pada masa tu saya memang sangat busy di ofis. 

Selepas 2 minggu berat saya dari 113 turun ke 108 kg. 5 kg turun, saya yakin apa yang saya dah belajar dan amal di NECK ini ternyata berkesan.

Ini rekod timbangan saya selama 10 minggu di NECK.
Saya makan 5 kali sehari, amalkan supplemen dan bersenam. relax-relax je. Tak stress.
Pesan Ibu ku ingati tapi jarang sekaliku amalkan

Masa saya kecik, ibu saya seorang suri umah sepenuh saya, bagi makan 5 kali sehari , saya main waktu petang, dan kena marah bila tidur lewat.

Siapa sangka dalam NECK.. saya buat perkara yang sama, kena makan , minum , tidur dan senaman. Saya diperkenalkan dengan dua benda yang saya tak pernah buat, makan sayur dan supplemen.

Dulu saya makan nasi campur, bermakna pinggan penuh dengan nasi, selepas tu campur dengan lauk. Sekarang saya makan sayur campur. Setiap kali makan, saya akan penuhkan sayur, nasi suku (separuh bila beli makanan di kedai) dan lauk.

Sepanjang NECK, saya dapat turun 22kg.

Walaupun sudah grad.. tapi, saya masih amalkan pengambilan makanan berzat dan berkhasiat penuh dengan nutrisi tambahan dalam diet harian.

Saya mula berani melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti luar yang lasak dan aktif seperti Hiking, Circuit Training dan sebagainya serta ilmu-ilmu senaman di NECK.


Saya sekarang bukan saya yang dulu.
Dua senaman yang sentiasa saya amalkan adalah ABS Training dan HIIT.

Sebab tidak kira di ofis , taman , gym , dimana sahaja, saya boleh buat dan memang burn calories sebanyak-banyak nya.

Nasihat saya,

Kepada yang nak kuruskan badan, bila bersama NECK.. anda akan dapat belajar cara untuk kurus dan sihat, dengan mudah.

Belajar berdikari dan sentiasa disokong oleh rakan-rakan dan crew dalam group. Itu yang penting dan hingga kini saya masih bersama NECK Batch 7.

Inilah program yang akan mengubah anda kepada lifestyle yang sihat. Terima kasih.

Saya doakan En. Rizal terus istiqomah dengan apa yang dilakukan dalam mengamalkan gaya hidup sihat sampai bila-bila.

Pembaca semua peroleh sesuatu dari sharing ini?

Jom! berubah dan bertindak sekarang. Pendaftaran NECK batch 14 sedang menanti anda.

Tidak perlu bertanya kepada orang lain, tak perlu menunggu orang lain. Kerana sakit, ajal maut tak pernah menunggu kita.

Sekurang-kurangnya, kalau kita mati.. mati dalam keadaan kurus dan sihat.

Sekian, wassalam.
Salam Sayang, Salam Sihat.

Happy First Anniversary, NECK.
Now Everyone Can Kurus (NECK).
Program Coaching Online No. 1 di Malaysia.
019-916 4276.

*Sila SHARE, jika ada rasa entry kali ini bermanfaat kepada saudara-mara mahupun rakan-rakan kita di luar sana. Mudah-mudahan lebih ramai yang akan berubah ke arah hidup yang lebih bahagia.

"Think Positive & Keep Smiling, Home Sweet Home."
~Now Everyone Can Kurus~
019-916 4276 [ Call, SMS, WhatsApp, Telegram ]
sakinahmatsaid@gmail.com

No comments:

Post a Comment